Anjuran Kementerian Pendidikan TinggiDengan kerjasama UTM dan MDEC
Banner Program Peningkatan Kemahiran Digital 2026 dengan logo KPT, UTM, MDEC dan Malaysia MADANI
Program kebangsaan 2026

Program Peningkatan Skil Keusahawanan Digital Pelajar IPTA 2026

Latihan intensif, bimbingan dan pensijilan profesional bagi membina kemahiran digital bernilai tinggi untuk pelajar tahun akhir serta graduan belum bekerja.

200 pesertaKapasiti pelaksanaan UTM
8 sesiDalam empat trek utama
25 pesertaMaksimum setiap kursus
UTM Kuala LumpurLokasi kursus bersemuka
Mengenai program

Membina bakat digital untuk ekonomi gig bernilai tinggi

Program ini menghubungkan latihan praktikal, bimbingan projek dan pensijilan profesional untuk meningkatkan kebolehpasaran serta keupayaan menjana pendapatan digital.

Kementerian Pendidikan Tinggi melaksanakan Program Peningkatan Skil Keusahawanan Digital Pelajar IPTA 2026 bagi melatih pelajar dan graduan institusi pendidikan tinggi awam dengan kemahiran digital yang memenuhi keperluan sektor ekonomi high value gig.

UTM dilantik sebagai Institusi Penyelaras dan MDEC sebagai rakan strategik. Program berlangsung dari Julai hingga Disember 2026 melibatkan Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti mengikut lima zon.

Latihan bersemukaBimbingan projekPeperiksaan profesionalPenyertaan percuma
Pengenalan program

Lapan trek dan workstream digital

Empat workstream dilaksanakan oleh MDEC dan empat trek menjadi fokus pelaksanaan UTM.

4 TREK MDEC

01Linguistik & Penulisan
02Pembangunan IT & Web
03Media Kreatif
04Pengurus Media Sosial

4 TREK UTM

01Kecerdasan Buatan
02Analitik Data
03Keselamatan Siber
04Teknologi Imersif & Kreatif

Fokus program: empat trek di bawah pelaksanaan UTM

Sinopsis kursus

Kemahiran Digital Trek UTM

Tekan nama kursus untuk melihat sinopsis, hasil pembelajaran, kandungan, prasyarat dan keperluan.

Pelajar mengikuti latihan praktikal kecerdasan buatan
Trek Kecerdasan Buatan

Membina servis dan automasi AI

Generative AI for Digital Services

Peserta membina prompt efektif, menghasilkan kandungan digital dan chatbot berasaskan AI, memanfaatkan alatan AI untuk pengekodan serta merancang perkhidmatan bebas dan portfolio profesional.

Hasil pembelajaranMembina prompt, servis AI dan portfolio asas.
Tempoh5 hari × 7 jam
PrasyaratLiterasi digital asas
KeperluanCloud GPU (opsyenal), API OpenAI/HuggingFace
  • Pengenalan LLM
  • Prompt Engineering
  • AI Tools
  • Monetisasi AI
AI Automation & Agentic AI for Freelancers

Peserta mengintegrasikan model bahasa besar dalam aliran kerja automasi menggunakan n8n dan Flowise, membangunkan ejen AI melalui LangChain serta melaksanakan penyelesaian untuk projek pelanggan.

Hasil pembelajaranMembangunkan aliran kerja automasi AI dan integrasi LLM.
Tempoh5 hari × 7 jam
PrasyaratModul 1 atau asas pengekodan
Keperluann8n dan API OpenAI
  • LLM Integration
  • Workflow Automation
  • Agentic AI
Pelajar membina dashboard dalam latihan analitik data
Trek Analitik Data

Daripada data kepada keputusan

Data Analytics for Freelancers

Peserta mempelajari penyediaan, pembersihan dan transformasi data, menganalisis trend serta KPI, dan membina dashboard Power BI interaktif dengan visualisasi dan penceritaan data.

Hasil pembelajaranMembangunkan dashboard interaktif untuk keputusan berasaskan data.
Tempoh5 hari × 7 jam
PrasyaratExcel asas
KeperluanPower BI Free/Pro
  • Power BI Workspace
  • Data Transformation
  • DAX & Interactivity
  • Storytelling Dashboards
Big Data Engineering

Peserta mempelajari Hadoop, Spark, proses ETL dan kejuruteraan data awan serta membina saluran paip untuk mengumpul, memproses, menyimpan dan mengurus set data berskala besar.

Hasil pembelajaranMereka bentuk pipeline data berskala besar.
Tempoh5 hari × 7 jam
PrasyaratPython dan SQL
KeperluanAWS Credits
  • Hadoop & Spark
  • ETL Pipeline
  • Cloud Data Engineering
Pelajar menjalankan latihan keselamatan siber di makmal komputer
Trek Keselamatan Siber

Melindungi dan menyiasat sistem digital

Cloud Security & DevSecOps

Peserta mengenal pasti risiko dan kerentanan, mengintegrasikan kawalan keselamatan dalam pembangunan serta automasi, dan melaksanakan aplikasi awan secara selamat dan konsisten.

Hasil pembelajaranMelindungi aplikasi cloud dan melaksanakan DevSecOps.
Tempoh5 hari × 7 jam
PrasyaratAsas cloud
KeperluanLaptop, akses AWS/Azure
  • Cloud Security
  • DevSecOps Pipeline
  • Secure Deployment
Digital Forensics & OSINT

Peserta mengumpul, mengesahkan, menganalisis dan mendokumentasikan bukti digital secara sistematik dan beretika serta menghasilkan laporan siasatan yang jelas dan tepat.

Hasil pembelajaranMelaksanakan analisis OSINT dan laporan siasatan.
Tempoh5 hari × 7 jam
PrasyaratAsas IT
KeperluanLaptop, OSINT Framework Tools
  • OSINT Tools
  • Analisis Media Sosial
  • Siasatan Digital
Pelajar membangunkan aplikasi 3D dan mencuba teknologi realiti maya
Trek Imersif & Kreatif

Membangunkan pengalaman interaktif 3D

UNITY Certified User Programmer

Peserta menulis skrip C# dalam Unity, membangunkan mekanik permainan dan interaksi pengguna serta membina, menguji dan menyahpepijat aplikasi atau permainan ringkas dengan pengurusan babak, UI dan fizik.

Hasil pembelajaranMembangunkan dan menguji aplikasi interaktif berasaskan Unity.
Tempoh6 hari bagi setiap siri
PrasyaratAsas C# dan penggunaan komputer
KeperluanLaptop, Unity Hub, Unity Editor, Visual Studio/VS Code
  • Pengenalan Pengaturcaraan Unity
  • Asas Pengaturcaraan dalam Unity
  • Input dan Interaksi Pengguna
  • Pembangunan UI dalam Unity
Sinopsis Trek MDEC

Kemahiran Digital Trek MDEC

Tekan nama trek untuk melihat sinopsis, kandungan latihan, tempoh, kaedah pelaksanaan dan potensi perkhidmatan digital.

Pelajar mengikuti latihan pengurusan media sosial
Trek MDEC 01

Pengurusan Media Sosial

Lihat sinopsis dan kandungan latihan

Latihan khusus yang menyediakan asas pengetahuan, kemahiran dan sumber kepada peserta untuk mengurus media sosial, menghasilkan kandungan digital serta melaksanakan pemasaran dalam talian secara berkesan.

Fokus trekMembina strategi, kandungan dan pengurusan media sosial profesional.
Tempoh12–16 jam dalam 2 hari
Jumlah pembelajaran9 modul
KaedahBersemuka; dalam talian atau hibrid boleh dipertimbangkan
  • Pengenalan kepada Platform MDEC
  • Pengenalan kepada Kerjaya Media Sosial
  • Pembangunan Strategi Pengurus Media Sosial
  • Penyediaan Platform Media Sosial
  • Pengiklanan dan Pemasaran Dalam Talian
  • Komunikasi dan Pengurusan Projek
  • Pembangunan Profesional dan Jaringan
  • Pengurusan Kewangan, Insurans dan Perlindungan
  • Penambahbaikan Berterusan

Potensi perkhidmatan: Pengurus media sosial, pencipta dan moderator kandungan, pengurus iklan Facebook/TikTok, penulis kandungan pemasaran, perunding media sosial, pembangunan penjenamaan dan pemasaran e-mel.

Pelajar membangunkan laman web di makmal komputer
Trek MDEC 02

Pembangunan IT dan Web

Lihat sinopsis dan kandungan latihan

Latihan khusus yang memberikan pengetahuan dan kemahiran asas dalam pembangunan laman web, pengaturcaraan serta penggunaan platform pengurusan kandungan. Peserta mempelajari proses merancang, membangunkan dan menerbitkan laman web yang berfungsi dan mesra pengguna.

Fokus trekMembina laman web dan penyelesaian digital untuk pasaran kerja bebas.
Tempoh12–16 jam dalam 2 hari
Jumlah pembelajaran8 modul
KaedahBersemuka
  • Pengenalan kepada Pembangunan Web, IT dan Kerja Bebas Digital
  • Perancangan dan Prototaip Laman Web
  • Domain dan Pengehosan Laman Web
  • WordPress dan Tema
  • Asas Reka Bentuk Visual dan Interaksi Pengguna
  • Alatan Lanjutan WordPress: Pemalam dan Widget
  • HTML, CSS dan JavaScript
  • Penambahbaikan Berterusan

Potensi perkhidmatan: Reka bentuk laman web, pembangunan perisian, kerangka CMS, aplikasi mudah alih, pembangunan permainan, perkhidmatan kejuruteraan digital, sistem geolokasi dan analisis sistem.

Pelajar menghasilkan kandungan media kreatif di studio
Trek MDEC 03

Media Kreatif

Lihat sinopsis dan kandungan latihan

Latihan khusus yang membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam reka bentuk grafik, penghasilan video, fotografi mudah alih serta penyuntingan kandungan digital melalui latihan praktikal menggunakan alatan kreatif.

Fokus trekMenghasilkan kandungan visual dan multimedia untuk pasaran digital.
Tempoh12–16 jam dalam 2 hari
Jumlah pembelajaran9 modul
KaedahBersemuka
  • Pengenalan kepada Media Kreatif untuk Kerja Bebas Digital
  • Konsep Reka Bentuk dalam Media Kreatif
  • Alatan Reka Bentuk dan Latihan Amali
  • Pengenalan kepada Penghasilan Video
  • Teknik dan Alatan Penghasilan Video
  • Latihan Amali Videografi
  • Pengenalan kepada Fotografi Mudah Alih
  • Alatan Penyuntingan Foto dan Latihan Amali
  • Potensi Kerjaya dan Projek Masa Hadapan

Potensi perkhidmatan: Imej kecil YouTube, reka bentuk grafik dan UI, kandungan hantaran, penyuntingan foto dan video, penciptaan kandungan, animasi, pemodelan 3D, fotografi stok dan AutoCAD.

Pelajar mengikuti latihan linguistik dan penulisan digital
Trek MDEC 04

Linguistik dan Penulisan

Lihat sinopsis dan kandungan latihan

Latihan khusus yang membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas dalam penulisan digital, linguistik, terjemahan serta penyuntingan bahasa, termasuk penggunaan alatan berkaitan dan pertimbangan undang-undang serta etika.

Fokus trekMenghasilkan perkhidmatan bahasa dan penulisan untuk platform digital.
Tempoh12–16 jam dalam 2 hari
Jumlah pembelajaran7 modul yang disenaraikan
KaedahBersemuka
  • Pengenalan kepada Linguistik dan Penulisan
  • Penulisan pada Platform Digital
  • Alatan untuk Penulisan
  • Linguistik pada Platform Digital
  • Alatan untuk Linguistik
  • Pertimbangan Undang-undang dan Etika
  • Pembangunan Kerjaya

Potensi perkhidmatan: Penterjemahan, transkripsi audio, sari kata, pembacaan pruf, penyuntingan, pelokalan kandungan, jurubahasa, penulisan dan rakaman suara latar.

Jadual kursus

Pelaksanaan di Kampus UTM Kuala Lumpur

Tarikh kursus dan tempoh bimbingan adalah seperti jadual rasmi yang telah dimuktamadkan.

No. Kursus Trek Peserta Tarikh Kursus Tempoh Bimbingan
01 Unity User Programmer — Siri 1 Teknologi Imersif & Kreatif 40 28 Sep – 3 Okt 2026 4 Okt – 3 Nov 2026
02 Unity User Programmer — Siri 2 Teknologi Imersif & Kreatif 40 5 – 10 Okt 2026 11 Okt – 10 Nov 2026
03 Generative AI for Digital Services Kecerdasan Buatan 25 28 Sep – 2 Okt 2026 3 Okt – 2 Nov 2026
04 Data Analytics for Freelancers Analitik Data 25 12 – 16 Okt 2026 17 Okt – 16 Nov 2026
05 AI Automation & Agentic AI for Freelancers Kecerdasan Buatan 25 19 – 23 Okt 2026 24 Okt – 23 Nov 2026
06 Big Data Engineering Analitik Data 25 26 – 30 Okt 2026 31 Okt – 1 Dis 2026
07 Digital Forensics & OSINT Keselamatan Siber 25 26 – 30 Okt 2026 31 Okt – 1 Dis 2026
08 Cloud Security & DevSecOps Keselamatan Siber 25 26 – 30 Okt 2026 31 Okt – 1 Dis 2026

Kursus Unity dilaksanakan dalam dua siri. Tiga kursus berlangsung serentak pada 26–30 Oktober 2026.

Syarat penyertaan · Bahagian A

Arahan dan syarat pencalonan

Pencalonan hanya dibuat oleh penyelaras atau wakil rasmi institusi.

Kelayakan calon
Warganegara Malaysia yang terdiri daripada pelajar tahun akhir Universiti Awam, Politeknik atau Kolej Komuniti; atau graduan belum bekerja kohort 2025 dan 2026.
Keutamaan
Keutamaan diberikan kepada graduan belum bekerja kohort 2025 dan 2026.
Kuota institusi Kursus 01 & 02
UiTM (6 orang), Politeknik dan Kolej Komuniti (6 orang), dan UA lain (3 orang).
Kuota institusi Kursus 03, 04, 05, 06, 07 & 08
UiTM (2 orang), Politeknik dan Kolej Komuniti (2 orang), dan UA lain (1 orang).
Kapasiti kursus
Pemilihan tertakluk pada kekosongan dengan maksimum 80 peserta bagi Kursus 01 & 02 dan 25 peserta bagi kursus lain.
Asas Penyertaan
Penyertaan adalah berdasarkan prinsip first come, first served. Calon simpanan yang telah diperakukan oleh Penyelaras UA hanya akan dipertimbangkan selepas tempoh pendaftaran tamat, tertakluk pada kekosongan tempat.
Kelulusan urus setia
Semua pencalonan penyertaan tertakluk pada semakan penyelaras UA dan kelulusan urus setia program.
Ketepatan maklumat
Penyelaras memastikan semua maklumat yang dikemukakan benar, tepat dan lengkap.
Syarat penyertaan · Bahagian B

Semakan, pindaan dan komitmen peserta

Penyelaras dan peserta bertanggungjawab memastikan pencalonan lengkap serta komitmen program dipenuhi.

Pindaan calon
Maklumat boleh dipinda atau peserta diganti sebelum tarikh pindaan ditutup.
Kursus penuh
Kursus yang mencapai kapasiti akan ditandakan PENUH dan tidak boleh dipilih.
Hak urus setia
Pencalonan tidak lengkap, tidak layak atau tidak tepat boleh ditolak.
Komitmen penuh
Peserta wajib mengikuti keseluruhan tempoh kursus dan sesi bimbingan.
Sijil dan peperiksaan
Kos ditanggung program, tertakluk pada kehadiran penuh dan syarat kursus.
Urusan peserta
Makan disediakan; penginapan dan perjalanan diurus peserta atau institusi.
Peranan penyelaras UA

Penyelaras Pusat Keusahawanan UA

Penyelaras bertanggungjawab mengurus pencalonan dan komunikasi peserta dengan urus setia.

Kenal pasti calonMenyaring calon yang memenuhi syarat dan memberi keutamaan kepada graduan belum bekerja.
Semak dataMemastikan setiap peserta memilih satu kursus yang sesuai dan masih mempunyai kekosongan.
Pilih kursusMemastikan setiap peserta memilih satu kursus yang sesuai dan masih mempunyai kekosongan.
Maklumkan pesertaMenyampaikan jadual, syarat kehadiran penuh dan kemudahan yang disediakan.
Urus pindaanMengemas kini maklumat atau menggantikan peserta sebelum tarikh pindaan ditutup.
Liaison urus setiaMenjawab semakan urus setia serta menyelaras komunikasi sebelum dan sepanjang program.
Tarikh-tarikh penting

Tiga fasa utama program

Tarikh pindaan atau penggantian peserta akan dimaklumkan oleh urus setia.

Tarikh tutup pencalonan

Penyelaras melengkapkan dan menghantar pencalonan institusi.

Pelaksanaan kursus

Lapan sesi kursus bersemuka dilaksanakan di Kampus UTM Kuala Lumpur.

Tempoh bimbingan

Bimbingan bermula mengikut kursus dan berakhir selewat-lewatnya 1 Disember 2026.

Hubungi urus setia

Maklumat perhubungan UTM dan MDEC

Hubungi urus setia mengikut trek yang berkaitan.

MDEC

Urus Setia Trek MDEC

UTM

Urus Setia Trek UTM

Pendaftaran

Pilih saluran pendaftaran

Pendaftaran UTM dibuat melalui pencalonan institusi. Pendaftaran MDEC dibuat melalui platform rasmi MDEC.

AnjuranKementerian Pendidikan Tinggi
Dengan kerjasamaUniversiti Teknologi Malaysia
Dengan kerjasamaMalaysia Digital Economy Corporation